Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,667

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lapor Salah Laku Anggota Polis Guna FB

12:39pm 20/06/2016 Pak Roshan 2408 views Mutakhir,Nasional

CP-Datuk-Jalaluddin

KUALA LUMPUR – Mulai hari ini anggota polis yang melanggar disiplin tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan kerana orang ramai boleh membuat laporan salah laku terhadap mereka dengan lebih mudah menerusi laman Facebook.

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia untuk menerima laporan salah laku membabitkan anggotanya menerusi platform media sosial popular itu.

Sejak diperkenalkan pada 25 Julai 2014, sejumlah 46 laporan difailkan menerusi laman Facebook “Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM”.

Kebanyakan aduan yang dibuat adalah mengenai anggota polis yang terlibat dalam kegiatan perjudian atau maksiat.

Mereka biasanya akan memberi maklumat mengenai lokasi dan menyediakan gambar sebagai bukti.

Pengarah JIPS, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata ini adalah sebahagian daripada usaha jabatan itu untuk mendekati orang ramai dan mengukuhkan integriti anggota beruniform biru ini.

Melihat bilangan pengguna Facebook di Malaysia yang mencecah sehingga tujuh angka, beliau berkata JIPS mahu menggalakkan orang ramai untuk berkongsi maklumat mengenai salah laku anggota polis.

“Kami telah memulakannya sejak jabatan itu ditubuhkan hampir dua tahun lalu.

“Kami melihat banyak perkara yang menjadi viral di Facebook, jadi daripada mereka menyuarakan aduan atau apa sahaja maklumat yang mereka ada, mereka boleh datang terus kepada kami agar tindakan segera boleh diambil,” katanya.

“Namun masih ramai yang tidak menyedari bahawa mereka boleh membuka laporan terhadap anggota kita menerusi Facebook tetapi saya percaya trend akan berubah.

“Kami bersedia untuk menerima aduan ini,” katanya dalam satu temu bual.

Namun, Jalaluddin berkata kebanyakan rakyat Malaysia masih memilih untuk membuat aduan mereka dengan menulis surat.

Dianggarkan kira-kira 4, 275 aduan diterima sejak 2014 menerusi kaedah itu.

“Kami ada 18 saluran untuk orang ramai pilih tetapi berdasarkan statistik, majoriti pengadu memilih untuk membuat lapran menggunakan surat.

“Masalahnya kebanyakan pengadu akan memberi maklumat yang kurang jelas dan tidak meninggalkan malumat lengkap mereka,” katanya.

Jalaluddin berkata kaedah kedua popular adalah melalui laporan polis.

“Setakat ini, kami menerima 1,646 laporan melalui laporan polis manakala 1,554 difailkan menerusi Rakan cop dan 945 lagi dibuat di cawangan pengurusan aduan JIPS,” katanya.

Kaedah lain bagi orang ramai untuk membuat laporan termasuk hadir ke kaunter, panggilan telefon, e-mel atau faks atau melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Jika terdapat sebarang pertanyaan, ingin memberikan cadangan atau maklumat dan untuk membuat aduan sila layari laman web www.rmp.spab.gov.my atau e-mel ke [email protected]

Orang ramai juga boleh menghubungi talian 1-800-880-222 atau faks ke 03-2266 8790 atau hantar surat kepada: Ketua Penolong Pengarah JIPS (Pengurusan Aduan), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur. – mStar Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan