Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lapor jika tertipu promosi bufet Ramadan

bufet

KUALA LUMPUR: Pengguna yang tertipu dengan promosi bufet Ramadan kerana membayar harga lebih tinggi daripada promosi, boleh mengemukakan aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek, berkata pengguna berhak mendapatkan perkhidmatan setara dengan harga dibayar, sekali gus mengelakkan diri daripada terpedaya dengan sebarang promosi tidak bertanggungjawab.

Beliau turut memberi amaran kepada pengusaha restoran dan hotel supaya tidak mengelirukan pengguna dengan pelbagai tawaran promosi bufet, sebaliknya mengenakan caj tersembunyi yang terlalu tinggi.

“KPDNKK tidak mempunyai hak untuk memantau setiap restoran dan hotel yang menawarkan pakej bufet Ramadan, sebaliknya penggunalah yang harus bijak membuat pilihan.

“Kita akan bertindak berdasarkan aduan pengguna yang berasa tertipu dengan promosi bufet serta kemungkinan dikenakan caj harga tersembunyi yang terlalu tinggi,” katanya kepada BH.

Akhbar semalam melaporkan kebanyakan hotel terkemuka mengenakan harga bufet antara RM80 hingga RM140 bagi seorang dewasa dan RM30 hingga RM49 untuk kanak-kanak yang meliputi lebih 100 jenis hidangan.

 

Komen


Berita Berkaitan