Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,804

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lapangan Terbang Sebagai Tempat Tinggal Selama 7 Bulan

9:26am 24/11/2015 Pak Roshan 1369 views Global

tidur

Lapangan Terbang Changi Singapura adalah tempat transit untuk pelancong, tetapi untuk satu pasangan, ia adalah tempat tinggal, dan lapangan terbang itu telah menjadi seperti rumah buat mereka.

Sudah tujuh bulan, Eileen Ho dan teman lelakinya, Daniel Soo, kedua-duanya  berumur 24, akan berjalan di sekitar terminal dengan barang-barang mereka dalam sebuah beg.

Pada waktu malam, mereka tidur di atas tilam nipis yang diletakkan di atas lantai di satu sudut Terminal 3, dekat Xin Wang Hong Kong Cafe.

Pekerja kafe mengesahkan bahawa pasangan itu telah dilihat lewat malam untuk beberapa bulan kebelakang. Mereka seperti sudah selesa berada di lapangan terbang ini.

Pasangan itu berkata kepada The News Paper apabila mereka dilawat pada hari Rabu bahawa mereka berpindah ke lapangan terbang selepas Eileen Ho mempunyai pergaduhan dengan ibu bapanya dan menyebabkan dia dihalau dari rumah.

Mereka juga membawa adik Eileen Ho yang berusia 20 tahun, Wilson. Wilson juga dikatakan mengalami epilepsi.

“Kami tidak ada tempat lain untuk pergi, itulah sebabnya kami tinggal di sini seperti ini,” kata Cik Ho, menunjuk kepada tempat tidur mereka. -MYNEWSHUB.CC

homelesschangi1

homelesschangi2

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan