Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lapan Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kinarut

KOTA KINABALU : Lapan rumah jenis separuh kekal, musnah dalam kebakaran di Kampung Pituru Kinarut, dekat sini hari ini.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataannya berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.02 pagi dan sampai ke tempat kejadian kira-kira 22 minit kemudian.

“Seramai 19 anggota dan lima jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan kami berjaya mengawal kebakaran pada 8 pagi,” kata kenyataan itu.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan