Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lapan PATI dipenjara empat bulan

6:44pm 12/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 27 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Enam lelaki termasuk dua orang wanita warga asing masing-masing dihukum empat bulan penjara setelah mengaku salah atas kesalahan memasuki ke negeri ini tanpa pas yang sah.

Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus mengenakan hukuman tersebut kepada kesemua warga asing yang berumur diantara 19 sehingga 40 setelah mengaku salah atas pendakwaan dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dibaca terhadap mereka.

Pendakwaan tersebut memperuntukkan denda maksimum RM 10,000 atau hukuman penjara selama tempoh lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh juga dikenakan sebatan.

Mahkamah turut memerintah setiap tertuduh lelaki agar dikenakan satu sebatan dan kesemua tertuduh akan dirujuk ke Jabatan Imigresen setelah selesai menjalani hukuman.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Azaman Hamat.-Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan