Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lapan PATI dipenjara 4 bulan

12:55pm 07/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 157 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seramai lapan orang termasuk dua orang wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) masing- masing dikenakan hukuman penjara empat bulan atas kesalahan memasuki negeri ini tanpa dokumen yang sah.

Kesemua tertuduh yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun mengaku salah di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad setelah kertas pertuduhan dibaca terhadap mereka.

Kesemua tertuduh didakwa dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda RM 10,000 atau kedua- duanya sekali serta boleh disebat sehingga enam kali.

Mahkamah turut mengenakan hukuman satu sebatan kepada tertuduh lelaki yang berumur lebih dari 20 tahun.

Mahkamah kemudian memerintah kesemua tertuduh dirujuk ke jabatan imigresen setelah selesai menjalani hukuman.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, ASP Sabrina Jinius. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan