Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lapan mayat bayi ditemui dalam rumah

ANGGOTA forensik dilihat memasuki kediaman lokasi mayat lapan bayi ditemui baru-baru ini.
ANGGOTA forensik dilihat memasuki kediaman lokasi mayat lapan bayi ditemui baru-baru ini.

Munich: Satu pasangan ditahan selepas polis menemui mayat lapan bayi yang sudah reput di sebuah rumah di bandar Wallenfels di negeri Bavaria dekat sini, kata polis kelmarin.

Susulan penemuan itu polis menahan, seorang wanita berusia 45 tahun yang dipercayai ibu semua bayi berkenaan bersama suaminya berusia 55 tahun.

Polis Wallenfels berkata, pihaknya membuat siasatan di rumah pasangan itu selepas seorang penduduk melaporkan menemui mayat bayi di kediaman berkenaan kelmarin.

Mayat semua bayi itu ditemui dibalut dengan tuala dan disimpan di dalam beg plastik.

“Pemeriksaan forensik terhadap mayat bayi berkenaan mungkin mengambil masa yang lama kerana keadaannya yang sudah reput,” kata polis.

Seorang penduduk memberitahu, pasangan berkenaan tinggal di kediaman itu selama 18 tahun sebelum berpindah pada September lalu.

Penemuan itu dianggap antara kes pembunuhan bayi terburuk pernah direkodkan di Jerman. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan