Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,176

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lapan maut ditembak lanun

10:34am 11/01/2017 Pak Roshan 77 views Global

Gambar daripada Pengawal Pantai Filipina hari ini, menunjukkan anggotanya menghampiri bot nelayan yang hampir karam selepas diserang lanun. – Foto AP

Manila: Lapan nelayan mati ditembak kumpulan bersenjata dipercayai lanun manakala lima lagi hilang dalam serangan di selatan perairan Filipina, semalam.

Jurucakap Pengawal Pantai Leftenan Komander Alvin Dagalea hari ini berkata, dua nelayan terselamat dengan terjun dari bot ketika serangan dekat Zamboanga di Mindanao.

Dalam kejadian malam tadi, bot nelayan berkenaan membawa 15 kru, sedang menangkap ikan apabila lima lelaki bersenjata datang dengan bot laju, melepaskan tembakan ke arah nelayan berkenaan.

Menurut Dagalea, lima nelayan yang hilang itu percayai terjun ke laut ketika serangan dan gerakan mencari mereka sedang dilakukan.

“Kami menganggap kejadian ini serangan lanun. Jika ia serangan militan, nelayan terbabit mungkin ditawan untuk wang tebusan,” katanya. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan