Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lapan maut, 13 hilang dalam tanah runtuh yang melanda Hiroshima

tanah runtuh jepun

TOKYO: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh apabila tanah runtuh yang berlaku berikutan hujan lebat melanda pinggir bandaraya Hiroshima hari ini.

Sekurang-kurangnya 13 orang hilang selepas hujan malam tadi mempunyai persamaan dengan jumlah hujan sepanjang bulan, mengakibatkan kawasan cerun menjadi bertambah lembab berikutan hujan selama beberapa minggu.

“Hujan lebat dan guruh sepanjang malam membuatkan saya berasa takut untuk keluar.

“Titisan hujan yang amat besar. Saya tidak pernah lihat keadaan seperti ini,” kata seorang penduduk kepada Fuji TV.

Helikopter terbang berlegar di udara ketika anggota penyelamat melancarkan gerakan untuk mencari mangsa di dalam lumpur dan timbunan batu di kawasan perumahan kira-kira lima kilometer dari pusat bandar.

Antara mangsa yang dibawa keluar daripada kesan runtuhan itu adalah seorang kanak-kanak lelaki dua tahun yang tidak lagi bernafas tetapi tidak diketahui sama ada dia sudah terkorban, lapor media.

Kekurangan tanah di kebanyakan tempat di Jepun menyebabkan perluasan terpaksa dilakukan di kawasan berbukit mengakibatkan pembangunan yang menyusulinya terdedah kepada tanah runtuh.

Kira-kira 240 milimeter hujan turun di kawasan berkenaan selama 24 jam sehingga pagi ini, satu rekod yang mempunyai persamaan dengan kiraan hujan yang turun selama sebulan pada hari biasa Ogos, kata Agensi Meterologi Jepun.

Perdana Menteri, Shinzo Abe memendekkan percutian musim panasnya dan kembali ke Tokyo ketika pihak berkuasa meminta tentera mebantu dalam kerja menyelamat. – Reuters

Komen


Berita Berkaitan