Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LAPAN LELAKI DEMONSTRASI #PANDANGSABAH DITAHAN

Lapan orang lelaki yang terlibat demonstrasi aman #PandangKeSabah dibawa ke Balai Karamunsing. Gambar SNT/Ehsan FB Amirx Abd Hadi

KOTA KINABALU: Tamu Ahad Jalan Gaya kecoh sebentar pagi tadi apabila lapan orang ditahan polis kerana mengadakan demonstrasi.

Mereka yang ditahan kesemuanya lelaki termasuk ketua pemuda Amanah Sabah Mohd Khairuddin Daud telah dibawa ke Balai Polis Karamunsing untuk diambil keterangan.

Kumpulan kecil itu berjalan secara aman mengelilingi Jalan Gaya sambil bermain musik.

Gambar penahanan yang tular. Gambar SNT/Ehsan FB Amirx Abd Hadi

Dinamakan Hari Malaysia Gathering: Pandang ke Sabah, demostrasi itu diadakan bagi menarik perhatian kerajaan terhadap 10 permintaan mereka antaranya mahu kemiskinan diselesaikan, pendidikan lebih baik, lebih banyak peluang pekerjaan dan perumahan untuk rakyat.

Polis tiba sekitar jam 10 pagi dan menahan lapan orang. Gambar penahanan mereka turut tular di media sosial.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan