Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lapan KPI wajib dicapai polis di ESSZONE

kpi esszone

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya telah merangka lapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang wajib dilaksanakan dan capai oleh semua 10 Ketua Polis Daerah (OCPD) di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Katanya, dua daripada KPI berkenaan sudah dilaksanakan oleh semua OCPD di kawasan berkenaan manakala selebihnya akan diumumkan dalam tempoh terdekat, selewat-leawatnya selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Untuk makluman semua, bagi 10 Ketua Polis Daerah di bawah Esszone, saya telah merangka Prosedur Operasi Standard (SOP) dan telah menetapkan KPInya. Ini (SOP dan KPI) bukan sahaja untuk OCPD tetapi penugasan di ESSCom pun ada SOPnya dan ada KPInya.

“Saya dah beritahu Datuk Abdul Rashid Harun (Komander ESSCOM), kita sediakan KPI. KPI sangat penting untuk diukur keberkesanannya. Jadi untuk OCPD, ada lagi enam KPI yang wajib dilaksanakan. Perkara itu dilaksanakan bukan serentak tetapi sekurang-kurangnya satu aktiviti setiap minggu,” katanya.

Jalaluddin berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan kuih raya kepada ketua-ketua formasi, ketua- ketua jabatan dan Ketua Polis Daerah untuk diagihkan kepada anggota di daerah masing-masing menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Kuih raya berkenaan adalah sumbangan daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Tugas-Tugas Khas yang juga presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Teo Chee Kang dan beberapa lagi penyumbang.

Jalaluddin berkata, dua KPI yang telah dilaksanakan OCPD termasuk mengadakan pertemuan dengan nelayan dan pengusaha sangkar ikan serta mengadakan dialog dan perbincangan dengan persatuan nelayan.

Katanya, contoh-contoh aktiviti lain yang boleh dilakukan OCPD termasuk aktiviti ramah mesra dengan penghuni rumah-rumah atas air, mengumpul maklumat untuk tujuan operasi, mengadakan sekatan jalan raya, mengetahui lokasi kemasukan (PATI) serta mengenal pasti pangakalan-pangkalan haram dan mesyuarat perancangan dengan anggota.

“Ini semua untuk menentukan tahap keselamatan itu dikawal dengan sepenuhnya. Kita tidak boleh longgarkan kawalan,” katanya.

Menurut Jalaluddin walaupun KPI ini cuma diwajibkan kepada semua 10 OCPD di kawasan Esszone namun ketua-ketua polis daerah lain digalakan menggunakan pendekatan berkenaan bagi meningkatkan tahap keselamatan serta ketenteraman awam di daerah masing-masing.

Mengenai keadaan keselamatan terkini di Sabah, Jalaluddin berkata, keadaan kini adalah aman dan terkawal tetapi beliau mengingatkan semua pegawai dan anggota agar sentiasa berwaspada bagi menghadapi sebarang kemungkinan terutama di kawasan ESSZONE.

Mengulas mengenai perkembangan anggota polis marin, Konstabel Zakia Aliep yang diculik di Pulau Mabul pada 12 Julai lepas, Jalaluddin berkata proses menyelamatkannya masih berjalan dan perkembangannya positif. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan