Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LAPAN KEUTAMAAN MALAYSIA UNTUK ASEAN TERIMA MAKLUM BALAS AMAT POSITIF – ANIFAH

anifahaman

KOTA KINABALU, 28 Jan  : Menteri-menteri Luar ASEAN bersetuju untuk mempercepat pelaksanaan baki garis tindakan tiga pelan pembangunan Komuniti ASEAN, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Anifah berkata ini terutamanya perlu ketika kumpulan serantau itu melangkah ke arah pembentukan Komuniti ASEAN menjelang hujung tahun ini di bawah pengerusian Malaysia.

Pelan tersebut ialah Pelan Pembangunan Komuniti Ekonomi ASEAN yang diluluskan pada 2007, dan juga Pelan Pembangunan Komuniti Keselamatan-Politik dan Komuniti Sosio-budaya yang diluluskan pada 2009.

Kumpulan serantau itu juga kini berusaha ke arah memajukan Visi Komuniti Asean Pasca-2015 dan Dokumen Kehadiran.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Permukiman Menteri-menteri Luar ASEAN di sini hari ini, Anifah berkata Pasukan Petugas Peringkat Tinggi (HLTF) telah dilantik bagi menggubal dokumen itu pada November tahun lepas, akan memulakan tugas dengan segera.

“Pembangunan Visi Komuniti Asean Pasca-2015 dan Dokumen Kehadiran itu merupakan komitmen penting dalam merangka masa depan yang nekad, inklusif dan berpandangan ke hadapan bagi ASEAN.

“Ia akan memperkasa proses integrasi serantau yang telah berjalan sejak empat dekad lalu. Fokus kita ialah rakyat ASEAN harus dapat merasakan impak proses pembinaan komuniti kita,” kata beliau.

Anifah berkata HLTF dijangka menyelesaikan tugasnya menjelang 31 Julai depan.

“Pemimpin-pemimpin kita akan meluluskan dokumen itu semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-27, pada November 2015 (di Malaysia),” tambah beliau.

Ditanya sama ada penurunan harga minyak menjejas sasaran Komuniti Ekonomi ASEAN, Anifah berkata, berikutan itu ASEAN akan menilai semula senarai keutamaan untuk pelaksanaan.

Permukiman dua hari itu yang berakhir hari ini merupakan pembuka tirai bagi siri mesyuarat peringkat menteri ASEAN dan mesyuarat berkaitan di bawah pengerusian Malaysia tahun ini.  — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan