Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lapan kampung dapat bantuan bot dan injin

6:25pm 27/11/2015 Ann Vivien 49 views Isu Semasa,Tempatan
Sukimin menyampaikan injin dan bot kepada salah seorang penerima.

Sukimin menyampaikan injin dan bot kepada salah seorang penerima.

TENOM: Lapan buah kampung dan beberapa kampung di sekitarnya yang sering dilanda banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.36 Kemabong menerima bantuan injin bot dan sampan.
                                                  
Antara kampung menerima bantuan itu ialah Kampung Enubai,Kg.Paal Seberang,Kg.Pantungon Sapong,Kg.Maugus Balubung,Kg.Gumisi,Kg.Kuala Tomani,Kg.Lalandang dan Kg.Kalasasan.
Penyerahan bantuan injin bot berkuasa 15 kuda itu disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kemabong Sukimin Rukini yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Datuk Rubin Balang di perkarangan markas Barisan Nasional (BN)  N.36 Kemabong pada Jumaat.
Menurut Sukimin, bantuan itu adalah keperhatianan daripada pihak kerajaan sebagai persiapan banjir akan datang selain memudahkan penduduk kampung yang dilanda banjir untuk berpindah ke pusat pemindahan sekiranya berlaku banjir.
Katanya, bantuan lapan buag injin bot dan lapan sampan bot itu dibiayai dengan peruntukan khas ADUN Kemabong Datuk Rubin Balang.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan