Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lapan ditahan tidak miliki dokumen sah

Sebahagian daripada PATI yang diperiksa dalam operasi itu. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Sebahagian daripada PATI yang diperiksa dalam operasi itu. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

KENINGAU – Lapan lelaki warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan dua kawasan berasing iaitu di Kampung Durok, dekat sini dan Pomotodon, di Tambunan, semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Douglas Nyeging Taong berkata, dalam operasi itu seramai 32 orang telah diperiksa membabitkan 25 lelaki dan tujuh wanita manakala lapan yang ditahan didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah.

Katanya, operasi yang dianggotai empat pegawai dan 23 anggota itu bertujuan mengesan dan menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak mempunyai sebarang dokumen di daerah ini.

“Mereka yang ditahan katanya, akan dituduh dibawah Seksyen 6 (1) ( c ) Akta Imigresen. Operasi itu juga bertujuan mencegah dan memerangi jenayah dalam kalangan PATI yang melibatkan kejadian ragut, curi barang dalam kenderaan dan pecah rumah,” katanya kepada media selepas operasi itu.

Beliau berkata, operasi berkenaan dijalankan bagi mengurangkan kegusaran dan kerisauan di kalangan masyarakat setempat mengenai kehadiran PATI disamping mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan