Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lapan disyaki penagih dadah ditahan

12:46pm 04/09/2016 Pak Roshan 1589 views Jenayah,Mutakhir
dadah

gambar hiasan

KENINGAU: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini menahan lapan individu dalam Ops Cegah pada 31 Ogos lepas kerana disyaki sebagai penagih dadah.

Ketua Pegawai AADK Keningau Azry Golbin @ Azmi berkata, mereka yang ditahan terdiri dari eeam lelaki dan dua wanita dan ujian saringan awalan mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, operasi yang bermula jam 7.30 hingga 11.00 malam itu dijalankan di tiga kampung di sekitar daerah ini.

“Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan& Pemulihan 1983). Operasi yang dijalan adalah hasil makluman risikan dan aduan awam yg diterima daripada masyarakat di daerah ini,” katanya kepada media di sini kelmarin.

Jelasnya, semua yang ditangkap ditahan di lokap IPD Keningau untuk urusan jamin mahkamah di Mahkamah Keningau dan ditawarkan jaminan mahkamah sebanyak RM3,000.

Sekiranya gagal bayar jamin,kesemua suspek akan ditahan sementara di lokap berpusat di Penjara Kepayan Kota Kinabalu sehingga tarikh sebutan kes pada 27 Oktober 2016. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan