Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lapan beradik yatim piatu terima PPRT

1:18pm 02/08/2016 Leolerry Lajius 175 views Tempatan
Samsudin menyampai syrat kelulusan membina rumah PPRT kepada penerima.

Samsudin menyampai syrat kelulusan membina rumah PPRT kepada penerima.

Sandakan : Sebuah rumah bagi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) akan dibina di Kampung Segaliud,  untuk menempatkan lapan beradik yatim piatu yang kini tinggal disebuah rumah usang selepas kematian kedua-dua ibu bapa mereka sejak beberapa tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsuddin Yahya berkata, pembinaan PPRT ini adalah untuk menyediakan kemudahan rumah yang lebih baik kepada 8 beradik berkenaan selepas mendapati rumah sedia ada hasil peninggalan ibu bapa mereka yang diduduki usang dan hampir roboh.

Menurutnya, pembinaan rumah PPRT kepada anak-anak yatim piatu itu menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan penduduk di luar bandar.

Beliau menyatakan selepas menyerahkan surat kelulusan pembinaan sebuah rumah PPRT kepada
Nur’ Alfiana Najam, anak sulung kepada 8 beradik tersebut.

Samsuddin berkata, sebagai kerajaan bertanggungjawab akan terus membantu dengan membawa banyak perubahan demi manfaat rakyat.

Pada masa sama, beliau mengingatkan Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselemataan Kampung agar bertindak lebih proaktif mengenal pasti penduduk yang memerlukan untuk disalurkan bantuan.

Dalam pada itu, demi menyalurkan keselesaan rakyat luar bandar dalam melaksanakan ibadah, Samsuddin turut memperuntukkan 25-ribu ringgit bagi menaiktaraf masjid di Kampung Segaliud, Sandakan.

Kerja-kerja menaiktaraf masjid membabitkan kerja menyimen dataran masjid bagi membolehkan digunakan sebagai ruang solat pada musim perayaan./SayangSabah

Samsudin menyampai syrat kelulusan membina rumah PPRT kepada penerima.

Samsudin menyampai syrat kelulusan membina rumah PPRT kepada penerima.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan