Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lantik PDRM sebagai pegawai perhubungan awam sekolah

Ramli Marhaban (kanan)Beramah mesra dengan pemimpin masyarakat yang hadir dalam majlis itu.
Ramli Marhaban (kanan)Beramah mesra dengan pemimpin masyarakat yang hadir dalam majlis itu.

SEMPORNA – Pelantikan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pegawai perhubungan sekolah dapat membantu menerapkan aspek disiplin dalam kalangan warga sekolah itu khususnya pelajar.

Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Ramlee Marhaban berkata, langkah itu boleh dipraktikkan oleh sekolah sekolah di negeri ini memandangkan polis juga merupakan agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab melindungi keselamatan awam.

“Sehubungan itu, pelantikan pegawai perhubungan sekolah dari PDRM berperanan penting dalam mencapai ojektif tersebut. Dengan ini, kedua pihak dapat mengadakan perbincangan mengenai langkah-langkah mengawal tingkah laku pelajar yang mempunyai masalah disiplin,” katanya ketika berucap dalam majlis pentauliahan Pegawai Perhubungan Sekolah di Dewan Perpustakaan Semporna, di sini hari ini.

Ramlee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya berharap pelantikan anggota PDRM sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah akan mewujudkan satu pelan kerjasama dengan pihak sekolah berkaitan pencegahan jenayah, dadah dan tingkah laku sosial.

Ramlee turut menggesa agar pihak PDRM yang dilantik sebagai ke jawatan itu supaya menggunakan ‘metodologi’ yang berkesan dengan mengambil aspek psikologi untuk mendekati pelajar, memberikan pendidikan dan kesedaran melalui nasihat, penyertaan dan cara memujuk.

Beliau juga mengalu-alukan inisiatif pelajar berhubung dengan PDRM melalui Facebook dan Laman Web Rasmi PDRM dalam mempertingkatkan pengetahuan mereka berkenaan keselamatan diri dan harta benda mereka.

Dalam pada itu, seramai 27 pegawai PDRM yang dilantik akan dipertanggungjawabkan di sekolah-sekolah sekitar daerah Semporna. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan