Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lantai, dinding SK Tagasan retak, PIBG kecewa aduan tidak dilayan

Bangunan sekolah SK Tagasan yang dikatakan tidak selamat digunakan dan tidak memiliki sijil Kebenaran Menduduki Bangunan di Semporna.
Bangunan sekolah SK Tagasan yang dikatakan tidak selamat digunakan dan tidak memiliki sijil Kebenaran Menduduki Bangunan di Semporna.

SEMPORNA – Aspek keselamatan bangunan yang belum terjamin selain kekurangan peralatan sekolah seperti bangku dan meja, menyebabkan beberapa buah sekolah yang baharu dibina di daerah ini masih tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh pihak sekolah.

Bagi memastikan perkara itu tidak berpanjangan serta menimbulkan kesulitan kepada warga sekolah berkenaan, pihak berwajib digesa agar segera menyelesaikan masalah itu sebelum ia dijadikan bahan atau isu untuk menghentam kerajaan.

Peringatan itu dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Nasir Sakaran, yang menggesa Jabatan Pendidikan Negeri menerusi Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan supaya memberi perhatian terhadap masalah itu.

“Kita mahu pihak berkenaan turun padang meninjau projek pembangunan sekolah-sekolah kerajaan bagi kawasan ini yang tidak sempurna. Bukan itu saja, sijil kebenaran menduduki bangunan (CF) juga tiada dikeluarkan walau pun sekolah sudah lama siap. Apa guna sekolah baharu tapi tidak boleh diduduki,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan majlis penyerahan sumbangan kerusi (200) dan meja (100) daripada Ahli Parlimen Semporna dan ADUN Senallang, bagi kegunaan warga sekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan (SK)Tagasan, di sini.

Sebahagian ibu bapa dan penduduk yang hadir dalam majlis itu di SK Tagasan, Semporna.
Sebahagian ibu bapa dan penduduk yang hadir dalam majlis itu di SK Tagasan, Semporna.

Nasir berkata, bangunan sekolah SK Tagasan yang siap dibina pada Mei 2011 itu didapati mengalami keretakan pada lantai dan dinding bangunannya.

Sehubungan itu, beliau meminta JPN Sabah agar lebih prihatin dan bertanggungjawab memantau sepenuhnya projek projek pembangunan pendidikan disamping menyediakkan kelengkapan yang sepatutnya dan bukannya sambil lewa seperti melepaskan batuk di tangga.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tagasan, Zakaria Ammat memberitahu, sekolah tiga tingkat itu memiliki 18 buah bilik darjah dan hanya 12 buah bilik dapat digunakan manakala enam buah kelas yang sepatutnya menggunakankan bilik selebihnya terpaksa menggunakan beberapa bilik khas yang tidak selesa dan kekurangan kemudahan seperti bangku dan meja.

Katanya, keretakan pada lantai sekolah itu sudah lama dikesan dan telah diadukan kepada pihak berkenaan namun aduan mereka tidak layan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan