Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Langkah proaktif majukan pendidikan

upsr

KOTA KINABALU: Dalam mempersiapkan diri pelajar menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Yayasan SP Setia menganjurkan Kem Motivasi UPSR yang disertai oleh 44 anak angkat Setia.

Kem motivasi itu memperlihatkan pelajar-pelajar miskin dipilih daripada enam buah sekolah angkat Yayasan SP Setia di sekitar Kota Kinabalu.

Sekolah-sekolah itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Aru 1, SK Kepayan, Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Stella Marris, SRK Sacred Heart, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Kota Kinabalu dan SJK (C) Yick Nam, Inanam.

Pengerusi Yayasan SP Setia Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kem itu dianjurkan bagi membantu murid-murid membuat persiapan menghadapi peperiksaan UPSR yang akan bermula 9 September ini.

“Kem motivasi seperti ini sangat baik kerana ia membuatkan pelajar lebih bersedia menghadapi UPSR. Persediaan yang dibuat seperti mengajar teknik-teknik menjawab soalan dan persediaan mental yang dikongsikan oleh guru-guru bertauliah.

“Program yang diadakan selama tiga hari (3-5Jun) ini memperlihatkan bantuan asas pendidikan diberi kepada pelajar yang miskin,” katanya ketika berucap sempena Majlis Penutupan Kem Motivasi UPSR, di Hotel Klagan, di sini kelmarin.

Menurutnya, bagi pelaksanaan kem itu, yayasan berkenaan memperuntukkan sebanyak RM25,000.

Menyentuh mengenai jumlah anak angkat Setia, beliau berkata sejak dilaksanakan pada tahun 2000, seramai 3,050 pelajar telah dijadikan anak angkat Setia, iaitu 2,650 orang di sekolah rendah dan 400 orang di sekolah menengah dan 16 orang di pusat pengajian tinggi.

Lee berkata, di bawah program itu, pelajar-pelajar miskin yang dikenalpasti akan diberi bantuan pendidikan asas berjumlah RM1,000 termasuk bantuan yuran, pakaian seragam, alat tulis, buku, beg sekolah dan makanan percuma di kantin sekolah.

Beliau berkata, program anak angkat seperti itu membuktikan bahawa syarikat korporat melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersedia membantu pelajar yang miskin dan memerlukan.

Katanya, dalam usaha memastikan objektif program anak angkat itu tercapai, Yayasan berkenaan sentiasa mengikuti perkembangan pelajaran anak angkat Setia.

Beliau berkata, sejak program itu dilancarkan sebanyak RM26.6 juta dibelanjakan bagi program berkenaan dan ia memanfaatkan seramai 9,360 anak angkat Setia.

Untuk bantuan pendidikan rendah, anak angkat Setia diberi RM1,000 setahun manakala bantuan pendidikan menengah adalah RM1,000 – RM1,600 setahun. Manakala, Bantuan Pengajian Tinggi adalah sebanyak RM8,000 hingga RM14,000 setahun.

Dalam majlis penutupan Kem Motivasi UPSR itu, dua pelajar dipilih sebagai peserta terbaik iaitu Vyonna Love Quella Wong (SK Kepayan) yang mewakili peserta perempuan dan Norhisam Salasdain dari SJK (C) Chung Hwa.

Komen


Berita Berkaitan