Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Langkah penyelesaian kenaikan harga barang sentiasa jadi keutamaan kerajaan

Tinjauan mesra… Najib sedang berkata sesuatu salah seorang peniaga yang terlibat semasa program tersebut.

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa tindakan sesetengah individu yang menaikkan harga barang secara mendadak dan meletakkan kesalahan itu kepada kerajaan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Najib, kerajaan tidak akan berpeluk tubuh serta membiarkan situasi berkenaan terus berlaku dan satu langkah penyelesaian akan dilaksanakan bagi menangani masalah berkenaan.

“Melalui apa yang kita lancarkan ini ia memainkan peranan penting sebagai petunjuk kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.”

“Kita tidak boleh biarkan berlakunya pasaran terbuka kerana terdapat juga individu yang sesuka hati menaikkan harga barang dan meletakkan kesalahan itu kepada pihak kerajaan dan juga menyalahkan GST walhal pelaksanaan GST telah banyak memberikan manfaat kepada rakyat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR), di Dataran Bandaraya, hari ini.

Najib juga mengumumkan bahawa PJSR akan diadakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan di setiap kawasan parlimen yang seterusnya memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat pembelian barangan keperluan dengan kadar diskaun lima hingga 20 peratus iaitu jauh lebih murah berbanding harga biasa.

Dalam majlis sama, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga telah melancarkan program Biz Fair untuk bakal usahawan di Malaysia terutamanya di Sabah.

Para penguatkuasa KPDNKK sempat merakam kenangan bersama dengan Najib dan Musa serta Hamzah.-Penerangan

Menurut Najib, tujuan utama program ini adalah untuk membantu memberi modal awal perniagaan bernilai RM3,000.00 dalam bentuk barangan dan perkakasan khusus kepada 300 bakal usahawan di Sabah.

“Usahawan ini akan dipilih menerusi sesi pemilihan khas yang berbentuk temuduga dengan peruntukan sebanyak RM5 juta tetapi saya akan tambah RM5 juta lagi menjadikan peruntukan keseluruhan berjumlah RM10 juta,”katanya.

Program PSJR telah dilaksanakan sebanyak 31 siri dengan keseluruhan jualan berjumlah RM2,774,873 serta menerima 75,000 pengunjung.
Selain itu, beliau turut menyerahkan zakat perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berjumlah RM200,000 dan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebanyak RM200,000.

Yang turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin, dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Zahrah Abdul Wahab Fenner./SayangSabah

Najib ketika menyampaikan ucapan sempena majlis berkenaan. -Gambar ihsan PENERANGAN

Komen


Berita Berkaitan