Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,821

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Langkah penyelesaian akan diambil bagi menangani masalah harga getah di Sabah- Nasrun

3:32pm 30/06/2016 Leolerry Lajius 73 views Tempatan
Datuk Nasrun Mansur  ketika ditemui media-Gambar Oleh Alex Mairin

Datuk Nasrun Mansur ketika ditemui media-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Langkah penyelesaian akan diambil bagi menangani masalah harga getah di Sabah melalui kajian dan penerokaan pasaran getah di negeri ini.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Nasrun Mansur berkata, langkah itu diambil berikutan timbulnya masalah perbezaan pasaran harga getah di negeri ini yang jauh lebih rendah berbanding di semenanjung Malaysia.

“Kita akan menerokai pasaran harga getah bagi mencari langkah penyelesaian masalah ini melalui perancangan yang bersesuaian,” katanya ketika ditemui media selepas membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, di sini, hari ini.

Nasrun turut menyatakan, sebagai sebuah negeri yang merupakan pengeluar minyak sawit terbesar di negara ini, penanaman kelapa sawit juga akan diberikan tumpuan.

“Sebanyak 40 peratus penanam kelapa sawit di negeri ini merupakan pekebun-pekebun kecil dan saya merasa terpanggil untuk melihat masalah yang dihadapi mereka dan mencari penyelesaian yang bersesuaian.”

“Saya juga berharap agar pekebun-pekebun kecil ini boleh membentuk satu kumpulan atau bergabung agar mereka menjadi satu gabungan yang besar dan mampu mempunyai kilang pemprosesan sendiri tanpa melalui orang tengah,”katanya.

Tambah beliau melalui gabungan pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan tanaman kelapa sawit mereka akan mampu memperoleh hasil yang lebih besar tanpa bergantung kepada pihak ketiga.

Menurut Nasrun lagi, masalah tersebut akan beliau cadangkan agar menjadi agenda di bawah kementeriannya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan