Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Langkah penjimatan KBS berterusan

Tawfiq Abu Bakar Titngan (kiri) bersalaman dengan warga KBS dalam Perhimpunan Tahun Baharu Cina di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu, di Likas. - foto Ille Tugimin
Tawfiq Abu Bakar Titngan (kiri) bersalaman dengan warga KBS dalam Perhimpunan Tahun Baharu Cina di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu, di Likas. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBS) akan memastikan langkah penjimatan secara berhemah diteruskan dan ia merupakan agenda penting kementerian berkenaan.

Walau bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, perubahan itu bukan halangan kepada warga KBS untuk melaksana agenda pemerkasaan pembangunan belia dan kecemerlangan sukan di negeri ini.

Sudah tentunya, kata beliau lagi, usaha ke arah itu memerlukan KBS mempelopori Strategi Lautan Biro Kebangsaan (NBOS) , kolaborasi, jaringan kerjasama, perkongsian pintar dan kepentingan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Menurut beliau, KBS mendapat agihan peruntukan sebanyak RM80.38 juta tahun ini, merangkumi RM66.65 juta bagi perbekalan dan peruntukan pembangunan berjumlah RM13.65 juta.

“Untuk kita merealisasikan usaha pengurusan berhemah, KBS telah diminta untuk menggunakan sepenuhnya aset kita dalam penganjuran program dan aktiviti yang berimpak tinggi,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Tahun Baharu Cina di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu, di Likas, di sini hari ini.

Majlis Perhimpunan Tahun Baharu Cina di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu, di Likas yang dihadiri oleh warga KBS. - foto Ille Tugimin
Majlis Perhimpunan Tahun Baharu Cina di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu, di Likas yang dihadiri oleh warga KBS. – foto Ille Tugimin

Hadir sama, Pembantu Menterinya, Masiung Banah; Setiausaha Tetap KBS, Datuk Suzannah Liaw dan Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah (LSS) yang baharu, Penyuki Matta serta warga kementerian berkenaan.

Dalam pada itu, Tawfiq berkata, Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan memberi tempoh peralihan selama tiga tahun untuk mengklasifikasikan umur belia pada ketika ini iaitu 15 hingga 40 tahun kepada 15 hingga 30 tahun.

“Hanya Malaysia dan Brunei Darussalam sahaja yang masih mengkategorikan umur belia 15 hingga 40 tahun sedangkan negara lain sudah pun mengubah dasar umur itu. Peralihan itu akan kita laksana pada 2018,” ujarnya.

Beliau berkata, KBS juga akan menganjurkan Hari Sukan Negara pada tahun ini dan tarikh penganjuran bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, dalam tempoh terdekat ini. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan