Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LANGKAH NAIKTARAF GURU KAFA TEPAT

KOTA KINABALU: Langkah menaiktaraf status guru-guru Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) ke jawatan tetap mampu meningkatkan usaha ke arah melahirkan lebih ramai generasi muda yang celik Al-Quran sekali gus menggembangkan syiar Islam di negeri ini.

Menurut Badan Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), keputusan Kerajaan Persekutuan itu membuktikan pengiktirafan besar bagi guru-guru KAFA di negeri ini yang dianggarkan seramai 2,000 orang.

Ketua Penerangannya, Jaafar Wahid berkata, kesungguhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu sudah pasti menarik minat ramai umat Islam untuk menjadi tenaga pengajar KAFA selain golongan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah KAFA.

“Difahamkan lebih daripada 1,651 kelas terdapat di Sabah dengan bilangan murid adalah seramai 44,646 orang yang mengikut kelas KAFA

“Bagi USIA, peranan guru guru KAFA sangat berpengaruh dalam masyarakat setempat dan harus diberikan perhatian oleh kerajaan agar mereka lebih bersemangat melaksanakan tugas dan menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan untuk memberikan kebaikan kepada umat Islam” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesediaan kerajaan PH untuk langkah bagi menaiktaraf status guru KAFA termasuk menyerakpan mereka ke jawatan tetap.

Dalam Sidang Dewan Rakyat kelmarin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fauziah Salleh memberitahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Kajim) sedang membuat kajian untuk menaiktaraf status guru KAFA sebagai penjawat awam dan meningkatkan kemahiran guru guru KAFA melalui kursus yang bersesuaian.

Menurut Jaafar, khidmat Guru KAFA sangat penting kerana mereka juga berperanan memperkasa lagi sistem pendidikan Islam negara.

Katanya, selain status jawatan, kerajaan juga perlu mengkaji kemudahan seperti bangunan tempat belajar kerana sebahagian kelas KAFA terpaksa menumpang di bangunan kerajaan yang lain seperti balai raya, malah ada bangunan yang dibina sendiri tidak dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan