Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Langkah hapuskan perkataan `lain-lain’ hilangkan sangsi rakyat

Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. - foto Ille Tugimin
Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Keputusan jemaah Menteri Negeri Sabah memansuhkan perkata `lain-lain’ dalam borang kerajaan bagi menyatakan kaum atau keturunan, diharap dapat menghilangkan keraguan pihak berkenaan yang sangsi dengan kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, kerajaan mahu masyarakat menerima apa yang diputuskan oleh kerajaan itu bertujuan untuk memastikan hak rakyat Sabah dilindungi.

“Dengan perkembangan terbaharu yang diputuskan oleh Kabinet semalam, masyarakat akan terima dan segala keraguan pihak tertentu sebelum ini mengenai kenapa kerajaan meletakkan lain-lain (dalam borang kerajaan) akan terhapus,” katanya kepada pemberita dalam majlis penyerahan peralatan gimnasium sumbangan kementeriannya kepada Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Kabinet Negeri Sabah semalam yang memutuskan memansuhkan penggunaan perkara `lain-lain’ dalam borang kerajaan bagi menyatakan kaum atau keturunan seseorang.

Tawfiq berkata, kerajaan akan menyenaraikan semua suku kaum utama dan sub etnik yang diiktiraf di Sabah untuk diserahkan kepada jabatan-jabatan kerajaan terutama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai rujukan.

Katanya, langkah itu bagi memastikan jabatan berkenaan mengenal pasti sama ada kaum atau keturunan pemohon itu diiktiraf atau tidak. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan