Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Langkah bijak guna guru Sabah, Sarawak

Guru
Gambar Hiasan

 

SHAH ALAM – Rancangan Kementerian Pendidikan untuk menambah lebih ramai calon guru pelatih dari Sabah dan Sarawak sendiri untuk berkhidmat di dua negeri itu merupakan langkah bijak bagi memastikan pelajar di negeri berkenaan tidak ketinggalan dari sudut pendidikan.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Datuk Mohamed Sabri Mohd Arsad berkata, perkara berkenaan wajar dilakukan kerana guru dari negeri-negeri berkenaan lebih mengenali budaya masyarakat di sana.

“Sebahagian guru-guru dari semenanjung Malaysia tidak dapat dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sana dan ada segelintir yang hanya menganggap perkhidmatan mereka di negeri-negeri tersebut hanyalah sementara.

“Keadaan ini sememangnya berlaku dan apabila mereka (guru dari semenanjung) bertukar pulang ke semenanjung, akan berlaku kekurangan tenaga pengajar di Sabah dan Sarawak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihaknya bercadang mengambil lebih ramai calon guru pelatih dari Sabah dan Sarawak mulai tahun ini bagi memenuhi kekosongan di sekolah di negeri berkenaan.

Katanya, calon dari dua negeri tersebut penting untuk mengisi kekosongan guru memandangkan bilangan mereka terpilih sebelum ini tidak dapat menampung keperluan di negeri itu.-Sinar Harian Online

Komen


Berita Berkaitan