Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Langit Runtuh, Pak Jokowi

SEORANG pengunjung melihat lukisan karya Fransiscus.
SEORANG pengunjung melihat lukisan karya Fransiscus.

JAKARTA : Dia pernah mendapat sokongan dan pujian orang ramai kerana sifatnya yang rendah hati, sederhana dan lantang bersuara, namun kini Presiden Jokowi menjadi bahan kritikan.

Sekurang-kurangnya mesej itu cuba disampaikan pelukis Fransiscus Sigit Santosa melalui lukisannya, Meskipun Langit Runtuh.

Melalui lukisan itu, Jokowi digambarkan berdiri membelakangi tembok dengan sehelai kain menutup kedua belah matanya sambil menyilang tangan dan memakai seluar hitam dengan tulisan bahasa latin di dadanya yang bermaksud “keadilan harus ditegakkan meskipun langit runtuh”.

Jokowi kini disorot pelbagai pihak ketika pasukan polis Indonesia dilihat berseteru dengan agensi antirasuah negara itu.

Ia bermula apabila Jokowi menamakan Budi Gunawan sebagai calon menggantikan Jen Sutarman sebagai Ketua Polis Indonesia.

Tempoh perkhidmatan Sutarman sepatutnya hanya berakhir sembilan bulan lagi.

Beberapa pihak menganggap pelantikan Budi atas kehendak Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan, Megawati Sukarnoputri dan Jokowi hanya menjadi pak turut.

Lukisan Fransiscus itu berukuran 145 x 115 sentimeter dilukis atas kanvas menggunakan cat minyak.

Ia antara lukisan dipamerkan di pertunjukan seni rupa Realistik di Tahunmas Artroom di Kasongan, Jogjakarta sehingga 7 Februari ini.-Agensi

Komen


Berita Berkaitan