Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Langgar lari di Lahad Datu, polis mohon saksi bantu siasatan

LAHAD DATU, 26 Sept (Bernama) — Polis meminta orang awam yang melihat kejadian langgar lari melibatkan seorang penunggang motorsikal di Jalan Kastam kira-kira jam 10.30 pagi tadi agar tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerahnya, ACP Nasri Mansor berkata, mangsa yang identitinya belum dikenalpasti itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

“Siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki warga asing berumur 30-an. Motorsikal mangsa dipercayai dilanggar apabila hendak ke seberang jalan untuk berjumpa keluarganya di kawasan berdekatan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Berkaitan penemuan mayat lelaki di tepi jalan berhadapan sebuah premis perniagaan di pusat bandar awal pagi kelmarin, Nasri berkata rakaman CCTV menunjukkan mangsa terjatuh dari balkoni tingkat satu sebelum maut ditempat kejadian.

“Ada saksi (mengatakan) semasa dia (saksi) menutup kedai melihat mangsa tidur di luar premis. Rakaman juga menunjukkan mangsa terbangun lalu duduk di balkoni sekitar 3.20 pagi.

“Beberapa minit kemudian, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan telah disahkan meninggal dunia,”katanya.

Nasri berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah.

–BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan