Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Landasan kereta api tembus apartmen

12:12pm 21/03/2017 Pak Roshan 2593 views Global

GAMBAR menunjukkan kereta api meluncur keluar dari sebuah blok kediaman di Chongqing. – Agensi

Chongqing: Sebuah landasan untuk kereta api ringan dibina menembusi sebuah bangunan kediaman 19 tingkat di China.

Bandar raya Chongqing di tenggara negara itu mempunyai populasi 49 juta orang dengan keluasan hanya seluas 50,000 kilometer persegi, menyebabkan pihak berkuasa perancang bandar terpaksa mencari jalan kreatif bagi menyelesaikan isu ruang.

Satu caranya ialah dengan membina sebuah stesen khas kereta api menembusi blok kediaman itu, antara tingkat enam dan lapan. Ia memudahkan penduduk blok berkenaan dan yang berhampiran menaiki kereta api itu tanpa pergi lebih jauh.

Meskipun menetap terlalu hampir dengan stesen yang sibuk itu, namun bunyi bising diatasi dengan menggunakan kelengkapan khas.

Dengan pembinaan dan rancangan yang kreatif itu, perancang bandar tidak perlu merobohkan bangunan bagi membina landasan kereta api.

 Seorang jurucakap pihak berkuasa Chongqing berkata: “Bandar raya kami sudah amat padat dan untuk mencari ruang membina jalan raya atau landasan baru kereta api adalah cabaran besar.” – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan