Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

“LAMPARD PENGKHIANAT”

lampard pengkhianat

PENYOKONG tegar Chelsea bengang apabila bekas bintang kelab itu, Frank Lampard disahkan akan bermain dengan Manchester City secara pinjaman dari New York City FC.

Khabar Lampard bakal bersama City telah disahkan oleh pengurus Manuel Pellegrini, kelmarin.

Pemain berusia 36 tahun itu meninggalkan Chelsea selepas 13 musim di Stamford Bridge dan menyertai New York City FC sebaik sahaja berakhirnya musim 2013/2014.

Salah seorang penyokong Chelsea, Holden McGroin memuat naik status di laman Twitternya dengan mengatakan: “Bagi saya Lampard sudah mati! Pengkhianat.

“Harap Chelsea menurunkan gambarnya di Stamford Bridge!”

Seorang lagi peminat Chelsea, Harvey Smith turut meluahkan kekecewaannya dan menganggap pemain England itu sebagai kacang lupakan kulit,

“Lampard, kamu pengkhianat, Kami sangat kecewa dan benci kamu, ” katanya.

Komen


Berita Berkaitan