Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Marah Teh Lambat Mendidih, Curah Alkohol Atas Api, Isteri Melecur

bakar

CHINA – Seorang lelaki secara tidak sengaja telah menyebabkan isterinya terbakar di dalam restoran yang ramai orang, selepas dia menuangkan alkohol ke atas api kerana marah teh yang dimasak, lambat mendidih.

Tindakan Tang Kung itu menyebabkan meja tersebut terbakar. Dia menganggap dengan menuangkan minuman keras ke atas api berkenaan, maka ia akan menyebabkan teh itu mendidih dengan cepat.

Namun keadaan sebaliknya berlaku apabila api itu menyambar isterinya, Lu Mai, menyebabkan wanita itu melecur di bahagian muka, leher dan tangan kiri.

Tang Kuang kemudiannya cuba untuk memadamkan api yang menyambar baju isterinya namun gagal menyebabkan pelayan dan pelanggan di situ terpaksa memberikan bantuan segera.

Mereka menggunakan kain alas meja untuk memadamkan api tersebut.

Restoran berkenaan sememangnya terkenal dengan hidangan yang dimasak di atas meja. – MYNEWSHUB.cc

 

Komen


Berita Berkaitan