Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,753

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lambaian maut

10:48am 14/02/2016 Pak Roshan 10541 views Global
MAYAT Shamim dibawa untuk pengebumian.

MAYAT Shamim dibawa untuk pengebumian.

Majlishpur (India): Seorang budak lelaki yang keluar sebentar dari pekarangan sekolah untuk melambai kepada ibu bapanya maut selepas dibelasah pengetuanya sebagai hukuman.

Keluarga Shamim Mullick, 13, menuduh kakitangan di Al Islamia Mission School di Majlishpur menyebabkan kematian mangsa dan polis mengesahkan sudah menahan pengetua terbabit selain pemilik sekolah itu.

Shamim dilaporkan dimarahi gurunya selepas melambai untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapanya yang datang melawat anak tunggal mereka di sekolah berasrama penuh berkenaan pada hujung minggu lalu.

Namun, pengetua yang berang dengan tindakan keluar dari pekarangan sekolah tanpa izin dilaporkan memukulnya sehingga mengakibatkan kecederaan teruk. Dia kemudian dibawa ke hospital, tetapi doktor mengisytiharkannya mati.

Ibu bapanya berkata, mereka cuma dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas pihak sekolah menghubungi mereka pada tengah malam untuk memberitahu Shamim meninggal dunia.

Pihak sekolah mendakwa Shamim cedera akibat terjatuh, namun pihak hospital mengesahkan kematiannya akibat dibelasah teruk.

Ibu bapanya membuat laporan polis selepas dimaklumkan Shamim dipukul pengetua, Hanif Sheikh yang ditahan polis bersama pemilik sekolah, Shahzada Al Mamun.

Superintendan Polis Murshidabad, C Sudhakar mengesahkan pihaknya menyiasat kes itu sebagai bunuh.

Ayah Shamim, Jugnu berkata: “Pihak sekolah mempunyai nombor telefon bimbit saya, namun mereka tidak langsung memaklumkan Shamim sakit.

“Malah, pada awalnya sekolah mendakwa Shamim jatuh sakit ketika belajar. Kami cuma tahu dia dipukul pengetuanya di hospital.” – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan