Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Laman web ‘remove Musa remove UMNO Sabah’ tiada kredibiliti

7:54am 27/01/2016 Ann Vivien 127 views Politik,Tempatan
sabah tidak
NAMPAK atau tidak bagaimana kenyataan Datuk Seri Musa Aman disalah tasfirkan?!!Kenyataan selepas tulisan pertama dan seterusnya memang betul. Kemajuan Sabah terjamin di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan pusat tidak pernah mengabaikan Sabah itu memang betul. Walaubagaimanapun,  kenyataan baris ayat pertama adalah fitnah dan bohong kerana Datuk Seri Musa Aman tidak pernah berkata atau mengucapkan kata-kata sedemikian!
Page yang mengunakan Remove Musa Remove UMNO Sabah itu sebenarnya tiada kredibiti dan tiada asas untuk mencadangkan ‘menyahkan’ Datuk Seri Musa Aman daripada menerajui kerajaan negeri. AFS hanya memberi respon kepada pembohongan yang ditulis agar supaya pembaca yang tidak tahu asal usul info grafik itu tidak akan terkeliru.
Memang diakui page Remove Musa Remove UMNO Sabah merupakan page pembangkang. Namun, apa yang ditulis adalah auta dan pembohongan yang sesuai dengan pendirian pembangkang yang suka berbohong dan menipu hanya semata-mata untuk mendapatkan sokongan. Lihat sahaja bagaimana mereka menipu pengundi pada PRU-13 lalu sehingga 12 kawasan mereka tawan. Namun, akhirnya para wakil rakyat yang tidak mahu menanggung impak pembohongan dan penipuan seperti ADUN Matunggong, ADUN Kedamaian dan ADUN Luyang terpaksa keluar daripada barisan pembangkang.
 
Kini, kawasan-kawasan yang dimenangi pembangkang dan pengundinya menderita kerana tidak mendapat pembelaan daripada wakil rakyat mereka. Demikian juga wakil rakyat mereka memasang pencacai siber seperti page Remove Musa Remove UMNO Sabah walaupun ianya langsung tidak mempengaruhi penyokong apatah lagi UMNO Sabah!
Berkaitan dengan kenyataan Datuk Seri Musa Aman yang diputar belit iaitu berhubung dengan “autonomi”. Apakah yang dimaksudkan dengan autonomi? Jika maksud dari segi pemerintahan atau pentadbiran negeri, sejak merdeka lagi Sabah diperintah dan ditadbir oleh rakyat Sabah. Jika dari segi pembangunan atau perbelanjaan pembangunan, Sabah menentukan pembangunan dan perbelanjaan pembangunan itu. Jika dalam segi kuasa berkaitan tanah dan biasisawa pula, pelantikan pegawai-pegawai kerajaan negeri semua diputuskan oleh kerajaan negeri! Jadi mana satu yang tidak dipunyai oleh kerajaan negeri? Manakala berkaitan keselamatan, kesihatan dan pendidikan memang dalam perlembagaan adalah tanggungjawab persekutuan kerana sektor itu memerlukan pembiayaan yang besar. Kerajaan negeri sudah tentu tidak akan mampu memberikan pembiayaan tersebut.

Maka dengan itu, apakah yang dimaksudkan dengan ‘autonomi’ oleh page itu? Adat resam juga yang diurus oleh mahkamah anak negeri hanya Sabah yang mempraktikkan. Manakala negeri-negeri lain tidak mempunyai mahkamah seumpama itu. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan ‘autonomi’ oleh page itu??? Mungkin hanya tahu menyebut kata autonomi tetapi tidak tahu pengertiannya. Kasihan sungguh!!! –Sumber – Anti Fitnah Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan