Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Laluan jalan raya 4 daerah berisiko banjir akan ditambahbaik

Rosnah memberikann gula-gula kepada seorang kanak-kanak semasa dwi lawatan ke PPS Dewan Serbaguna Sipitang. - foto Aryan De Vera
Rosnah memberikann gula-gula kepada seorang kanak-kanak semasa dwi lawatan ke PPS Dewan Serbaguna Sipitang. – foto Aryan De Vera

SIPITANG – Kementerian Kerja Raya akan membuat penilaian terhadap beberapa laluan di jalan-jalan Persekutuan di empat daerah di Sabah untuk penambahbaikan dari segi paras ketinggian berikutan sering ditenggelami air akibat banjir.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pihaknya memberi tumpuan terhadap empat daerah terlibat iaitu Membakut, Beaufort, Weston dan Sipitang kerana ia terletak di kawasan risiko banjir.

“Antara jalan yang telah dikenal pasti termasuk laluan pendek yang terletak di jalan persekutuan Bongawan-Membakut, Beaufort-Menumbok, Beaufort-Weston dan Sipitang-Sindumin.

“Kita juga telah mengarahkan pihak JKR negeri untuk membuat perincian bagi mendapatkan maklumat mengenai laluan terlibat sebelum dikemukakan kepada pihak kami untuk tindakan selanjutnya,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Sipitang, di sini hari ini.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, pihaknya juga akan meneliti keperluan menambahbaik paras ketinggian laluan pintas Limbawang, Beaufort yang dikategorikan kritikal.

Rosnah berkata, buat masa ini pihaknya hanya memberikan tumpuan terhadap laluan-laluan utama di jalan Persekutuan di negeri ini yang dikategorikan sebagai kritikal dan memerlukan penambahbaikan segera.

Jelas beliau lagi, ia berikutan laluan pendek yang merupakan jalan utama ke ibu negeri di empat daerah ini kerap terputus disebabkan banjir hingga menjejaskan ribuan penduduk dan pengguna jalan raya terlibat.

Dalam perkembangan berkaitan, Rosnah turut memaklumkan pihaknya akan berusaha mendapatkan peruntukan daripada kerajaan negeri bagi menaiktaraf 36 laluan yang turut terjejas disebabkan banjir. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan