Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Laluan dari Pintu Timpohon ke Laban Rata dibuka 1 September

malim gunung

KOTA KINABALU – Selepas lebih dua bulan laluan ke Gunung Kinabalu ditutup ekoran kejadian gempa bumi berukuran 5.9 skala richter yang mengegarkan daerah Ranau pada 5 Jun lalu, ia bakal dibuka semula kepada orang ramai mulai 1 September ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, beliau secara rasminya akan melepaskan sekumpulan pendaki daripada kalangan Taman-Taman Sabah dari Pintu Timpohon ke Laban Rata pada Sabtu ini bagi menilai aspek keselamatan di sepanjang laluan tersebut.

Mengakui laluan ke puncak semakin sukar selepas kejadian gempa bumi lalu. Masidi menjelaskan kerja-kerja pembaikan masih lagi dilaksanakan terutama ke puncak Gunung Kinabalu.

“Kakitangan Taman-Taman Sabah dan para malim gunung mengunakan laluan ini hampir setiap hari. Justeru, kita pilih mereka menyertai pendakian ini, lagi pun mereka merupakan pihak yang paling layak untuk menilai dan memastikan laluan diperbaiki itu selamat untuk pendaki,” katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran kementeriannya, di Pusat Kebudayaan Penampang, di sini hari ini.

Masidi menambah, bagi laluan seterusnya dari Laban Rata sampai ke puncak, pihaknya masih dalam proses penambahbaikan dan memperbaiki tempat-tempat yang rosak.

Mengambil kira bahawa ada beberapa laluan sedia ada tidak boleh dilalui, beliau memberitahu, pihaknya juga terpaksa mengalihkan laluan tersebut ke tempat lain yang agak lebih mencabar berbanding laluan asal.

“Cabaran sebenar ialah laluan di antara Laban Rata hingga ke puncak iaitu pada kilometer 6.3 hingga ke 6.8. Dalam perancangan awal, kita akan buka mulai 1 September.

“Walau bagaimanapun, sekiranya ada perubahan, kita akan maklumkan. Apa yang pasti, pihak Taman-Taman Sabah sedaya upaya melaksanakan kerja penambahbaikan,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan