Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Laluan Beaufort –Menumbok perlu dipertimbangkan dalam skop jajaran projek Lebuhraya Pan Borneo- Limus

9:09pm 19/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 201 views Laporan Sidang DUN,Tempatan

limus

KOTA KINABALU- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Limus Jury merayu kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri supaya mempertimbangkan skop jajaran projek Lebuhraya Pan Borneo itu turut mengambil kira jajaran dari Beaufort ke Menumbok sepanjang 60 kilometer itu.

Katanya, penaiktarafan laluan Beaufort ke Menumbok sebagai skop projek fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo itu akan memberi impak positif kepada penduduk Kuala Penyu dan Pulau Labuan disamping pengguna dari arah sempadan negeri Sabah dan Sarawak.

“Ia tentunya akan meransang dan memberi suntikan baru untuk koridor daerah kecil Membakut yang akan ketinggalan berbanding bandar-bandar lain di Pantai Barat Sabah,” katanya ketika membahas Ucapan Dasar Kerajaan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), disini, hari ini.

Selain itu, beliau turut meminta Kerajaan Pusat agar membina atau menaiktaraf terminal feri di daerah Menumbok.

Menurut Limus,pembinaan atau penaiktarafan terminal itu bertujuan untuk mengimbangi perkhidmatan feri yang menjadi mod pengangkutan utama bagi penduduk Tanah Besar Sabah ke Labuan dan sebaliknya.

Di samping itu, beliau memohon kepada Kerajaan Negeri mendapatkan bantuan Kerajaan Pusat untuk memastikan peruntukan projek pembinaan Jalan Kuala Penyu ke Kimanis itu diluluskan segera.

Terdahulu, projek membina Jalan Kuala Penyu ke Kimanis yang mempunyai jarak sepanjang 35 kilometer itu mendapat kelulusan secara prinsip daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia pada 7 April 2014. Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan