Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Laksanakan Program Mesej di Dun Sekong- Samsudin

4:25pm 22/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 4 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menggesa Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah supaya dapat menyediakan Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) khususnya di DUN Sekong bagi membantu meningkatkan pendapatan nelayan melalui akuakultur secara sepenuh masa.

Datuk Samsudin Yahya (BN- Sekong) berkata Program Mesej adalah langkah kerajaan melalui pelbagai agensi memajukan tanah- tanah di kawasan pendalaman bertujuan membantu rakyat keluar dari kepompong kemiskinan.

” Apa yang saya lihat ialah program Mesej dalam bidang akuakultur amat berpotensi untuk diketengah di Dun Sekong kerana majoriti penduduk miskin adalah terdiri daripada golongan nelayan yang tinggal di kawasan pulau melibatkan 14 buah kampung, antaranya, Pulau Timbang, Tronglit, Sibuad, Api- Api, Terusan, Simagung, Pulau Shanghai dan yang lain- lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet Sabah 2017 dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), disini, hari ini.

Menurut beliau, program Mesej itu perlu diperluaskan ke DUN Sekong bagi membantu para nelayan di samping mewujudkan sistem perumahan yang teratur.

” Saya penuh yakin bahawa dengan penyertaan seperti ini, kehidupan akan lebih selesa apabila mempunyai pendapatan yang lebih baik, serta tempat tinggal yang lebih sempurna disamping kemudahan lain yang disediakan oleh kerajaan,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan