Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Laksana tugas dengan amanah demi rakyat – Yusof

KOTA KINABALU: Kakitangan Kementerian Pelajaran dan Inovasi diingatkan untuk terus melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab demi kepentingan rakyat.

Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, fokusnya adalah kepada usaha membantu rakyat dan membentuk modal insan yang cemerlang.

“Walaupun berbeza fahaman agama mahupun politik namun kita tetap bersatu melaksanakan tanggugjawab dan amanah yang diberikan.

“Jangan kita jadi ekstrimis atau pelampau yang menjadikan agama sebagai benteng kesalahan yang kita lakukan kerana tiada agama di dunia yang mengajar umatnya berpecah belah,” katanya semasa Majlis Berbuka Puasa di sini, malam Selasa.

Pada majlis tersebut, beliau menyampaikan sumbangan kepada Mahaad Tahfiz Masjid Negeri Kota Kinabalu termasuk 15 pelajar dan 10 asnaf terdiri daripada ibu tunggal serta anak yatim.

Majlis turut diserikan dengan tazkirah Ramadan oleh Ustaz Shahir Ismail, Pensyarah Bahasa Arab dan Tamadun Islam Institut Pendidikan Guru kampus Gaya serta pelancaran kutipan derma untuk Tabung Kemanusiaan Syria.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi, Mohammad Mohamarin dan Jeniffer Lasimbang; Ahli Dewan Undangan Negeri Pitas, Datuk Bolkiah Ismail serta Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Hajah Maimunah Haji Shaibul./Penerangan-

Yusof menyampaikan sumbangan kepada anak yatim.

Komen


Berita Berkaitan