Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Laksana tanggungjawab secara menyeluruh

Pairin menyampaikan watikah pelantikan Ahli Majlis Daerah kepada Welfredoline Jakil. - foto Kalawon Sawing
Pairin Kitingan (dua dari kiri) menyampaikan watikah pelantikan Ahli Majlis Daerah
kepada Welfredoline Jakil. – foto Kalawon Sawing

TAMBUNAN –  Ahli Majlis Daerah diingatkan supaya menunaikan tanggungjawab dan memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh bagi kepentingan kemajuan kawasan serta masyarakat setempat.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, sebagai ahli majlis, mereka perlu lebih bertanggungjawab dan komited semasa menjalankan tugas agar sentiasa dihormati.

“Saya berharap komitmen dan tanggungjawab itu lahir dari diri sendiri kerana Ahli Majlis Daerah menerima penghormatan daripada masyarakat yang mereka wakili,” katanya semasa berucap dalam Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Daerah Tambunan seramai 17 orang, bagi sesi 2015-2016, di sini hari ini.

Katanya, mereka perlu meningkatkan perancangan pembangunan yang lebih serius memandangkan daerah itu sudah berkembang maju dan turut menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri dan Ahli Parlimen Keningau berkata, industri pelancongan di Sabah merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini termasuklah di Tambunan.

Menurut beliau, industri pelancongan perlu diberi keutamaan kerana ia dapat mendorong kepada penjanaan sektor lain seperti pertanian dan pembuatan sebagai penyumbang kepada pendapatan negeri sebagaimana yang digariskan oleh kerajaan.

Pada masa sama, beliau turut meminta agar ahli-ahli majlis daerah mengutamakan kebersihan dan keindahan di kampung-kampung termasuk pekan, memandangkan daerah ini menjadi tumpuan pelancong semasa perlancaran Pesta Kaamatan peringkat negeri pada 1 Mei ini. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan