Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Laksana mesyuarat berlandaskan perlembagaan parti

Sebahagian ahli-ahli UMNO Zon Tampi-Tampi turut memeriahkan mesyuarat cawangan di Kampung Sum-Sum Semporna.
Sebahagian ahli-ahli UMNO Zon Tampi-Tampi turut memeriahkan mesyuarat cawangan di Kampung Sum-Sum Semporna.

SEMPORNA – Semua ketua-ketua cawangan UMNO diingatkan supaya menjalankan mesyuarat berlandaskan perlembagaan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh parti.

Menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagia Semporna, Datuk Nasir Sakaran Sakaran, meskipun persidangan kali ini tiada pemilihan, namun mesyuarat perlu dijalankan bagi memenuhi kehendak perlembagaan yang telah termaktub dan tanda kesetiaan kepada parti.

Nasir Sakaran (berdiri tengah) mengingatkan ketua-ketua cawangan melaksanakan mesyuarat berlandaskan keperluan perlembagaan parti.
Nasir Sakaran (berdiri tengah) mengingatkan ketua-ketua cawangan melaksanakan mesyuarat berlandaskan keperluan perlembagaan parti.

“Selain itu, saya mahu mesyuarat yang diadakan secara permuafakatan,” katanya ketika berucap dalam perasmian Mesyuarat UMNO Cawangan Zon Tampi-Tampi ; Zon Tagasan dan Zon Kabogan, di sini hari ini.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang turut mengingatkan apa pun isu dan masalah yang timbul semasa bermesyuarat hendaklah diselesaikan secara kekeluargaan serta menyerahkan tugas menyelaras mesyuarat kepada penyelaras zon yang dilantik.

UMNO Bahagian Semporna memiliki 481 Cawangan dari tiga Dun iaitu Sulabayan, Senallang, Bugaya dan akan diselaras oleh kira-kira 10 penyelaras yang dilantik khas memantau perjalanan mesyuarat di semua zon mulai bermesyuarat minggu ini. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan