Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lajim Ukin lompat lagi?

2:02pm 02/10/2016 Pak Roshan 5887 views Mutakhir,Politik
image

PENGERUSI Perhubungan PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.

KUALA LUMPUR: Jam 2 petang ini, satu pengumuman bakal kembali meletakkan nama Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin, sebagai tumpuan politik Negeri di Bawah Bayu.

Ramai menjangkakan bekas pemimpin UMNO yang menjadi Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (ketika itu) terbabit akan mengisytiharkan keluar daripada PKR.

Haluan seterusnya pemimpin berusia 61 tahun itu cenderung ke arah menyertai parti bakal diterajui bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal, yang dikatakan mahu menghidupkan sebuah parti tempatan lama.

Bagaimanapun, ada juga bisikan dari seberang Laut China Selatan menyebut, Lajim akan menerajui sebuah parti yang didaftar baru-baru ini.

“Biasa bah, semua orang pun mahu jadi presiden. Takut nanti, tiada pula yang jadi ahli,” demikian jawapan seorang pemimpin UMNO Sabah ketika mengulas perkembangan terbaru itu.

Lajim pernah menjadi Ahli Parlimen Beaufort sebelum kembali bertanding kerusi Dewan Undangan Neger (DUN) Klias.

Jika benar pemimpin dari suku etnik Bisaya itu meninggalkan PKR, ia pasti menjadikan keadaan parti pimpinan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu lebih tenat di Sabah.

Minggu lalu, bekas Naib Presidennya yang juga Ahli Parlimen Penampang, Darel Leiking, turut mengesahkan keluar PKR minggu lalu. Ke mana Lajim selepas ini? Ikuti laporan BH Online selepas ini. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan