Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lajim Ukin enggan ulas spekulasi keluar PKR

2:40am 25/09/2016 Pak Roshan 119 views Mutakhir,Politik

lajim

KOTA KINABALU: Ketua PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin enggan mengulas spekulasi bahawa beliau mungkin keluar daripada parti itu untuk menubuhkan parti baharu.

“Saya belum mahu bercakap lagi (mengenai spekulasi keluar PKR). Saya tidak mahu komen sekarang,” kata Lajim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias ketika dihubungi Bernama kelmarin berhubung spekulasi itu. Menurut spekulasi itu, parti baharu yang bakal ditubuhkan Lajim bulan depan, dijangka bekerjasama dengan parti yang akan diterajui bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal.

Lajim menyertai PKR pada 2012 selepas meletakkan semua jawatan dan keluar daripada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Lajim bertanding atas tiket PKR di kerusi Parlimen Beaufort tetapi tewas kepada Datuk Azizah Mohd Dun (BN-Umno ) dengan 673 undi namun, beliau memenangi kerusi DUNKlias selepas menewaskan calon BN-Umno Isnin Aliasnih dengan majoriti 179 undi.-Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan