Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,670

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lahirkan pemimpin belia aktif

4:56pm 02/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 10 views Tempatan
Hamisa bersama golongan belia di Kampung Merotai Tawau.

Hamisa bersama golongan belia di Kampung Merotai Tawau.

TAWAU- Golongan belia merupakan aset negara yang sangat berharga. Mereka perlu dipelihara dan dididik dengan sempurna.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat berkata belia juga merupakan bakal pemimpin negara pada masa depan.

Menurut Hamisa, sebagai pewaris dan pembina masa depan, setiap warga belia perlu melihat peranan yang boleh mereka dalam membantu negara mencapai hasrat Wawasan 2020.

“Kita mahu golongan belia yang bertaraf pemimpin kesukarelawan dilahirkan menerusi institusi ini dan seterusnya memperkembangkan tahap kematangan mereka dalam memberi sumbangan kepada negara,” katanya

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kelab Belia Kampung Merotai, Tawau.

Tegas Hamisa cabaran belia masa kini adalah amat besar dan mencabar. Kerajaan memandang belia adalah sebagai aset yang boleh digembelengkan untuk membangunkan negara.

Jelasnya belia perlu dibimbing dengan baik agar mereka menjadi rakyat yang berguna. Segala aktiviti yang tidak berguna perlu dibanteras agar mereka ini sama-sama boleh bertanggungjawab untuk membengunkan negara.

“Pertubuhan-pertubuhan yang bercorak sukarela perlu diperbanyakkan agar para belia dapat sama-sama menyumbangkan tenaga dan juga dapat menghindarkan mereka daripada terjerumus ke lembah yang hina seperti masalah sosial dan terlibat dalam demonstrasi yang sia-sia.

“Tujuan Dasar Pembangunan Belia Negara digubal adalah untuk membina dan merealisasikan generasi belia yang cemerlang dan berwibawa.

Tegas Hamisa dengan adanya Dasar Belia Negara, segala aktiviti, program yang dirancangkan mengikut prinsip-prinsip akan dilaksanakan dengan lebih teratur mengikut prinsip dan garis panduan yang ditetapkan supaya matlamat

Jelasnya negara memerlukan pemimpin belia yang mempunyai iltizam, semangat dan motivasi serta cita-cita yang tinggi untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta merubah landskap negara ke arah yang lebih baik.

“Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru pemimpin muda agar menjadi ketua yang bertanggungjawab, beretika dan boleh bergantung harap sebagai generasi penyambung sekaligus menggerakkan transformasi negara.

“Dasar dan matlamat transformasi negara menyediakan peluang untuk menentukan mobiliti sosial yang lebih hebat lagi dan peluang pekerjaan serta peluang kepada golongan muda hari ini untuk masing-masing mencapai tahap maksimum mereka,” katanya lagi.

Terdahulu Hamisa turut bersama-sama pada Program Jelajah Gunting Rambut Percuma dan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Merotai, Tawau.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan