Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lahirkan pelajar cemerlang akademik dan akhlak: Samsudin

5:47pm 28/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 17 views Tempatan
Sumbangan....Samsudin menyampaikan mesin cetak kepada Yang DiPertua PIBG SK Segaliud, Kuning Kadir.

Sumbangan….Samsudin menyampaikan mesin cetak kepada Yang DiPertua PIBG SK Segaliud, Kuning Kadir.

SANDAKAN- Golongan pendidik diingatkan bahawa peranan dan tanggungjawab mereka tidak sekadar melahirkan golongan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga mempunyai peribadi dan sahsiah diri yang baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, adalah tidak lengkap sekiranya sistem pendidikan negara hanya mampu menyediakan insan yang berpendidikan tinggi kerana guru memainkan  peranan penting untuk menyempurnakan akhlak murid serta membentuk   insan seimbang dan berperibadi unggul.

“Negara akan hancur, pentadbiran akan kucar kacir jika kita gagal menyediakan insan yang seimbang dari segi pendidikan, moral dan sahsiah.

“Tugas menyediakan insan cemerlang, gemilang dan terbilang adalah satu impian yang mesti direalisasikan dan saya yakin para guru sanggup memikul beban ini seterusnya melaksanakan tugas ini dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demkian semasa Sambutan Perayan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Segaliud dan penyampaian Mesin Fotostat di Dewan Serbaguna Kampung Segaliud, Sandakan di sini, semalam.

Samsudin berkata, para guru harus menganggap tugas menyediakan modal insan yang cemerlang sebagai satu kewajipan yang perlu dilaksanakan.

Dalam pada itu beliau berkata, guru merupakan kerjaya yang terbilang kerana tanggungjawab yang dipikul bukan hanya mendidik, tetapi mencorakkan masa depan negara.

Jelasnya, kerjaya guru juga amat mencabar dan dinamik daripada segi pelaksanaan, tugasan serta amat kompleks selain diletakkan harapan besar masyarakat terhadap mereka.

Sementara itu, Samsudin turut meminta golongan pendidik menghayati tema sambutan hari guru tahun ini iaitu ‘Guru: Pembinaan Negara Bangsa’ agar aspek kecemerlangan dapat diterjemah dalam konteks yang lebih luas.

Katanya, guru yang cemerlang mestilah berpengetahuan tinggi serta memahami tugas dan bertanggungjawab selain mempunyai akhlak mulia dan pandai menyesuaikan diri dalam masyarakat.

Jelas beliau sambutan Hari guru sewajarnya disambut meriah oleh ibu bapa dan murid setiap tahun sebagai manifestasi menghargai serta pengiktirafan, atas jasa yang telah dicurahkan dalam usaha mendidik pewaris anak bangsa.

Sehubungan itu, ibu bapa juga disarankan agar sentiasa mengawasi perkembangan anak-anak dan tidak meletakkan tanggungjawab mendidik dibahu guru sekolah sepenuhnya.

“Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah membelanjakan jutaan ringgit bagi menyediakan peluang pendidikan kepada rakyat, dan jangan jadikan kekurangan yang ada, sebagai halangan untuk berjaya mencapai kecemerlangan dalam pendidikan, kata beliau.

Terdahulu, Samsudin telah menyerahkan sebuah mesin fotostat sumbangan peruntukan Adun untuk kegunaan SK Segaliud.

Dalam majlis berlainan, Samsudin turut menyampaikan tiga buah mesin jahit melalui Peruntukan Adun kepada Pengarah Penjara Sandakan, Sazali Ismail untuk kegunaan penghuni penjara banduan wanita.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan