Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lahir dua kali

MARGARET dan Dr Cass bergambar dengan Lynlee selepas dilahirkan kali kedua. Gambar kanan, imbasan ultrabunyi menunjukkan ketumbuhan pada hujung tulang belakang Lynlee. FOTO MailOnline
MARGARET dan Dr Cass bergambar dengan Lynlee selepas dilahirkan kali kedua. Gambar kanan, imbasan ultrabunyi menunjukkan ketumbuhan pada hujung tulang belakang Lynlee. FOTO MailOnline

Texas: Seorang bayi perempuan mungkin boleh menyambut dua hari jadi setiap tahun kerana ‘dilahirkan’ dua kali.

Lynlee Boemer dikeluarkan dari perut ibunya ketika janinnya berusia 16 minggu selepas doktor mengesan ketumbuhan di bahagian hujung tulang belakangnya ketika ibunya, Margaret, melalui imbasan ultrabunyi.

Margaret berkata, doktor membuat pembedahan untuk mengeluarkan Lynlee yang ketika itu cuma seberat 0.54 kilogram dalam proses yang mengambil masa lima jam.

Degupan jantungnya diperlahankan dan dia dipantau sepenuhnya sepanjang pembedahan untuk membuang ketumbuhan berkenaan.

Sebaik proses itu selesai, Lynlee dimasukkan semula ke dalam rahim ibunya dan Margaret diarahkan berehat sepenuhnya sehingga bayi itu akhirnya dilahirkan semula, 12 minggu kemudian. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan