Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lahir bayi ketika kerjakan Umrah

makkah

Makkah: Seorang wanita warga Indonesia yang sarat mengandung selamat melahirkan bayi lelaki di Masjidil Haram ketika mengerjakan Umrah.

Akhbar Sabq melaporkan, wanita itu bersolat di Masjidil Haram apabila dia tiba-tiba sakit untuk melahirkan anak.

Pasukan perubatan wanita segera dikejarkan ke masjid itu untuk membantunya di ruang solat.

“Wanita dan bayi itu berada dalam keadaan sihat dan dibawa ke hospital.

“Wanita itu juga melahirkan anaknya tanpa sebarang kesulitan,” kata pegawai perubatan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan