Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lahir bayi 6kg

10:51am 21/02/2016 Pak Roshan 2605 views Global
BAYI seberat 6kg yang dilahirkan Maria.

BAYI seberat 6kg yang dilahirkan Maria.

Buenos Aires: Seorang wanita melahirkan bayi perempuan seberat 6 kilogram (kg) sekali gus dipercayai menjadi bayi paling berat dilahirkan di Argentina.

Maria Fernanda Basly melahirkan bayi berkenaan melalui pembedahan di sebuah klinik di wilayah Rio Negro baru-baru ini.

Bayi sepanjang 55 sentimeter (sm) itu dipercayai bayi paling berat yang pernah direkodkan lahir di Argentina.

Maria berkata, dia sudah menjangka bayinya besar, tetapi tidak menyangka ia dilahirkan seberat itu.

“Ketika pemeriksaan doktor memberitahu bahawa kandungan saya besar, tetapi saya tidak menyangka seberat ini.

“Saya sangat gembira kerana anak saya sihat dan tidak mengalami sebarang masalah,” katanya.

Doktor berkata, bayi perempuan yang dinamakan Olivia itu dua kali ganda lebih besar daripada bayi normal yang lain.

Pada Jun tahun lalu, seorang wanita di Liverpool, Britain melahirkan bayi seberat 7kg sekali gus memecah rekod bayi paling berat pernah dilahirkan di negara itu.

Sementara itu, menurut Buku Rekod Dunia Guinness, bayi paling berat ketika dilahirkan dikongsi dua individu.

Pada 1879, wanita Kanada, Anna Haining Bates melahirkan bayi lelaki seberat 9.97kg dan berukuran panjang 71.12sm.

Bagaimanapun, bayi berkenaan yang tidak dinamakan secara rasmi meninggal dunia ketika berusia 11 bulan.

Rekod itu dikongsi wanita Itali, Carmelina Fedele yang melahirkan anaknya seberat 9.97kg pada 1955. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan