Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lahir bayi 4.5kg dalam kereta

PENGALAMAN cemas Lessia berakhir.
PENGALAMAN cemas Lessia berakhir.

Houston: Satu rakaman video menunjukkan saat mencemaskan seorang wanita yang melahirkan bayi 4.5 kilogram di tempat duduk depan kereta ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital di Houston.

Rakaman video itu menunjukkan wanita berkenaan Lessia Pettijohn melahirkan sendiri anaknya sementara suaminya Jonathan memandu di lebuh raya menuju ke hospital di Bay Area.

Video berkenaan dimuat naik ke YouTube baru-baru ini dengan kapsyen ‘Kami sudah memandu selama 45 minit.’

Selepas menjerit berulang kali “Air ketuban saya sudah pecah,” Lesia menyedari kepala bayinya sudah terkeluar.

Jonathan membantu melondehkan seluar isterinya dan menanggalkan tali pinggang keledarnya, sementara Lessia menarik bayi itu keluar. Lelaki itu kemudian kedengaran berkata: “Kita berjaya melakukannya.”

“Dia tidak sabar-sabar hendak keluar. Oh Tuhan. Dia keluar dalam kereta. Kamu sungguh cantik. Apa pula hendak saya lakukan selepas ini,” kedengaran Lessia berkata.

Ia anak ketiga pasangan itu. Dua anak mereka sebelum ini, kedua-duanya perempuan yang kini berusia dua dan setahun, dilahirkan di hospital Bay Area. – Agensi/HMetro

KANDUNGANNYA lahir sebelum mereka sempat tiba di hospital.
KANDUNGANNYA lahir sebelum mereka sempat tiba di hospital.

Komen


Berita Berkaitan