Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lahad Datu: Pedang ‘samurai’ antara yang ditemui

4:50pm 25/11/2015 Pak Roshan 4678 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU – Sebilah pedang ‘samurai’ adalah antara barang kes yang ditemui di Kunak yang mempunyai kaitan dengan pencerobohan di Lahad Datu, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Penjaga stor barang kes di ibu pejabat polis Lahad Datu Sarjan Aiyaman Abd Mutalib berkata beliau menerima pedang itu bersama 22 barang lain daripada seorang pegawai Cawangan Khas.

“Pedang itu dibungkus dalam bungkusan plastik berwarna hitam semasa saya menerimanya, manakala barang kes lain dalam bungkusan plastik lutsinar,” katanya.

Aiyaman memberi keterangan dalam perbicaraan 30 individu yang mempunyai kaitan dengan pencerobohan oleh kumpulan lelaki Sulu bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013.

Sarjan polis itu berkata beliau menerima 12 bungkusan plastik yang setiap satunya mengandungi pelbagai barang kes.

Beliau juga berkata 23 barang kes itu tidak dinyatakan dalam laporan polis setelah dirampas di Kunak, bagaimanapun beliau memastikan bahawa kesemua barang itu direkodkan dalam Buku Daftar Barang Kes sebaik sahaja menerimanya pada 25 Mac 2013.

Seramai 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan menghadapi satu hingga pelbagai tuduhan menganggotai kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Mereka juga dituduh merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April 2013.

Perbicaraan di hadapan hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok. – Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan