Mereka ialah Atik Hussin Abu Bakar, 45, Lin Mad Salleh, 50, Holland Kalbi,50, Basad H. Manuel, 41, Ismail Yasin, 76, dan Virgilio Nemar Patulada alias Mohammad Alam Patulada, 52, yang kesemuanya warga Filipina.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda.

Bagaimanapun, Hakim Stephen Chung menangguhkan hukuman empat tertuduh – Atik Hussin, Manuel, Ismail dan Patulada – kerana mereka perlu membela diri bagi pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati.

Semasa merayu hukuman dikurangkan, peguam mereka Datuk N. Sivananthan berkata beberapa orang anak guamnya telah ditipu oleh pemimpin penceroboh bersenjata itu supaya pergi ke Kampung Tanduo di Lahad Datu tiga tahun lepas.-BERNAMA