Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lagu ‘Setia disini’ dinobat juara dalam Anugerah Juara C.L.A.S musim ke-9

4:25pm 10/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 175 views Hiburan,Tempatan
Juara keseluruhan Anugerah Juara C.L.A.S musim ke-7, Rubisa (kiri) dan Nobert (kanan)

Juara keseluruhan Anugerah Juara C.L.A.S musim ke-9, Rubisa (kiri) dan Nobert (kanan)

KOTA KINABALU- Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah (C.L.A.S) musim ke-9 akhirnya melabuhkan tirai dengan mengangkat pasangan duet Rubisa Tiasin dan Nobert Andilah menerusi lagu ‘Setia di sini’ sebagai juara keseluruhan anugerah tersebut.

Penulis lirik merangkap penyanyi bagi lagu ‘Setia di sini’, Rubisa Tiasin berkata lagu tersebut merupakan lagu yang ketiga yang ditulis oleh Rubisa sendiri. Namun, lagu tersebut meupakan lagu duet pertama beliau.

“Alhamdulilah , kami berjaya sampai ke tahap ini dan kami sangat bersyukur kerana ini pertama kali saya mengikuti C.L.A.S.

“Pada mulanya, saya mencipta lagu tersebut dengan konsep ‘orang kahwin’, tetapi saya tidak sangka lagu tersebut masuk dalam carta lagu artis Sabah sehingga ke pentas akhir,” katanya kepada media semasa pentas akhir Anugerah Juara C.L.A.S, di Studio TV, disini, hari ini.

Kenangan... Raya (empat dari kiri) dan Ali (lima dari kiri) bergambar kenangan bersama para peserta Anugerah Juara C.L.A.S Musim ke-9

Kenangan… Raya (empat dari kiri) dan Ali (lima dari kiri) bergambar kenangan bersama para peserta Anugerah Juara C.L.A.S Musim ke-9

Rubisa yang juga merupakan salah seorang peserta program realiti Akademi Fantasia memilih Nobert sebagai pasangan duet kerana beliau sentiasa komited dan senang untuk memberi kerjasama kepada Rubisa.

Disamping itu, kedua-dua mereka turut memenangi kategori ‘Persembahan Terbaik’ menerusi lagu yang dipertandingkan itu.

Sementara itu, Ketua juri Anugerah Juara C.L.A.S, Raimon Sukudat menjelaskan ‘Setia di sini’ mempunyai nilai komersil yang tinggi berbanding lima buah lagu lain yang dipertandingkan di pentas akhir Anugerah Juara C.L.A.S.

Para pemenang Anugerah Juara C.L.A.S musim ke-9

Para pemenang Anugerah Juara C.L.A.S musim ke-9

“Lagu ‘Setia di sini’ mempunyai lebih banyak kelebihan dari segi nilai komersil dan lagu tersebut mempunyai dinamik dari pelahan di permulaan lagu dan mempunyai klimaks di penghujung lagu itu,” katanya.

Raimon yang juga merupakan Ketua Kombo RTM Sabah berkata sesebuah lagu yang mempunyai nilai komersil yang tinggi bermakna pendengar akan dapat mengikuti rentak serta menghafal lagu tersebut dan lagu yang dinobatkan sebagai juara tersebut sememangnya mempunyai nilai komersil.

Selain itu, penulis lirik lagu ‘Abadi selamanya’ oleh Johan Sewajaan memenangi kategori lirik terbaik, diikuti kategori ‘Pilihan Pendengar’ yang dimenangi oleh S. Welly dan Marlleynney Fane menerusi lagu ‘Cinta Kita’.

Hadir sama, isteri kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Hjh. Raya Erom dan Pengarah Penyiaran Sabah, Tuan Hj. Ali Hj. NgasioOleh Elezebeth Esther/Sayang Sabah

Ketua Juri Anugerah Juara C.L.A.S, Raimon Sukudat

Ketua Juri Anugerah Juara C.L.A.S, Raimon Sukudat

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan